PROGRAM WAQAF NASKHAH AL- QURAN TAHRIRI
افضل عبادة أمتي قراءة القرآن
Maksudnya : "Sebaik-baik ibadat umatku adalah membaca Al-Quran."
Riwayat al-Baihaqi (1865) di dalam Syu'ab al-Iman
Kalau kita tak dapat baca al-quran, marilah kutip pahala dengan menyumbang duit untuk naskhah al-Quran kepada pelajar tahfiz.
APA ITU TAHRIRI ?
Tahriri adalah subjek yang penting dalam Pendidikan tahfiz dan hampir kesemua institusi tahfiz di Malaysia mengguna kaedah tahriri al-Quran. Ia juga merupakan sebagai satu tanda kemantapan ingatan hafazan seseorang pelajar.
KEPENTINGAN TAHRIRI
- Pelajar mampu untuk menterjemahkan hafazan yang terpahat di dalam dada mereka ke penulisan
- Menjadikan pelajar lebih berdisiplin dalam kehidupan.
- Memantapkan hafazan pelajar.
- Melatih para pelajar supaya dapat menguasai format penulisan Bahasa Arab.
- Dapat melindungi orang ramai daripada penyelewengan al-Quran.
CIRI CIRI BUKU TAHRIRI
- Mempunyai halaman yang kosong
- Setiap halaman yang kosong perlu diisi oleh pelajar secara hafalan
- Bentuk buku sama seperti al-Quran
- Jumlah halaman sama seperti al-Quran
KAEDAH TAHRIRI
- Langkah 1 – Menghafal
Pelajar perlu menghafal ayat-ayat al-Quran seperti biasa. - Langkah 2 – Pelajar menulis semula ayat al Quran yang di hafal di buku tahriri
Selepas menghafal, pelajar perlu menulis semula ayat-ayat al-Quran yang dihafal di buku tahriri.
Tahriri bertujuan untuk melatih pelajar untuk lebih teliti dalam menghafal dan menguatkan hafalan. Selain dapat melatih menguasai bahasa arab.
Oleh itu, pusat-pusat tahfiz di Selangor amat memerlukan naskhah al-Quran tahriri untuk diberikan kepada para pelajar.
Sumbangan ini bertujuan mencari bekalan naskhah al-Quran tahriri sebanyak 25,000 untuk pusat-pusat tahfiz di Selangor.
Tahriri adalah satu proses menulis semula ayat al-Quran di buku kosong yang dinamakan sebagai tahriri.
Hampir seluruh pusat tahfiz di Selangor mengamalkan tahriri ini sebagai ujian atau subjek wajib di setiap pusat tahfiz.
InsyaAllah setiap huruf yang ditulis dan dibaca oleh para pelajar akan sentiasa mengalir pahala kepada penyumbang.
Mohon kongsikan agar yang lain dapat berwakaf juga, dan kita dapat pahala mereka yang berwakaf.
PILIHAN WAKAF
1 Jilid = mewakili mana-mana set Naskah untuk juzuk 1-10 Juzuk | 11-20 juzuk | 21-30 juzuk
RM 50.00